SELAMAT DATANG

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SAYA

Thursday, June 18, 2009

BERKENAAN AIR-SIRI 3

Sifat-sifat Istimewa Air Hidup

70% dari planet kita dilitupi dengan air, tetapi 97% daripadanya adalah lautan air masin dan 2% adalah glasier. Untuk menjadikannya kepada air minuman, Alam Semulajadi mempunyai sistem rawatan air yang begitu menakjubkan. Ia menggunakan matahari, langit dan hampir setiap elemen di bumi untuk menghasilkan air hidup yang sihat semulajadi.

Alam semulajadi menggunakan matahari, aliran magnetik semulajadi, batu-batan dan galian untuk memberikan tenaga kepada air, oksigen, mineral dan struktur molekul misteri yang dibuat daripada kelompok BIO AURA yang kecil.

Air Hidup mempunyai 6 Ciri-ciri Penting

Ianya Bersih, Asli dan Anti-Penyakit
—————————————–
Air semulajadi yang tidak tercemar adalah sihat, membersih semulajadi dan tahan dari serangan kuman-kuman mikro. Sebab yang lebih tepat lagi untuk ini belum dikenal pasti, tetapi suatu kajian di Institut Lutz Adolfo di Sao Paulo, Brazil menunjukkan bahawa air hidup menghalang pembiakan berbagai jenis hidupan mikro.

Ianya Hidup Dengan Tenaga
——————————–

Sel-sel badan bergetar dan berdenyut-denyut ke sistem yang kompleks dalam frekuensi berharmoni. Getaran kehidupan ini menjadikan sel-sel berinteraksi di antara satu sama lain dan melakukan pertukaran biologi dan kimia. Sebarang gangguan pada getaran berharmoni ini boleh menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan dan penyakit.

Air hidup bergema dengan getaran bertenaga dari badan anda. Apabila anda minum air hidup, ianya menguatkan, menjalankan dan mengekalkan tenaga hidup anda. Minum air mati di sebaliknya pula, mempunyai kesan bahaya disebabkan badan anda perlu menggunakan tenaga yang berharga untuk “menghidupkannya” dan memberinya tenaga sebelum ianya boleh digunakan oleh fungsi tubuh.

Ianya Disemai Dengan Oxygen Yang Penting
—————————————————-
Oksigen adalah tenaga kehidupan — lagi lebih anda milikinya, lebih baik tubuh anda berfungsi dan lebih sihat anda akan jadi. Kebanyakan dari kita menganggap kita menerima oksigen hanya melalui udara, tetapi sebenarnya oksigen yang menyerap di dalam air menawarkan lebih banyak laluan kepada sel-sel kita. Oksigen didalam air minuman kita boleh meliputi darah dalam 30 saat; otak selama satu minit; kulit selama 10 minit dan hati, jantung dan buah pinggang dalam masa 20 minit!

Air hidup menawarkan oksigen yang banyak yang sedia ada untuk sel anda. Ianya juga menambah oksigen yang anda sedut dimana ianya amat membantu jika anda bernafas dengan udara yang tidak berkualiti atau disebabkan penuaan atau kesihatan yang kurang memuaskan menjadikan pengambilan oksigen anda semakin lemah

Ianya Kaya Dengan Mineral Ionik dan Mineral Yang Dikesan
———————————————————————
Seperti air yang mengalir menerusi bumi, ianya mengumpul mineral dan mineral yang dikesan, dimana diperlukan untuk mengetuai dan menjana berbilion-bilion dorongan elektrik yang halus di dalam badan. Tanpa dorongan ini, tiada suatu otot, termasuk jantung anda, boleh berfungsi, atau perkembangan dan baik pulih dilaksanakan. Dr Linus Pauling, pemenang Anugerah Nobel sebanyak dua kali, menyatakan: “Anda boleh mengaitkan setiap kesakitan dan penyakit dengan kekurangan mineral.”

Mineral dan mineral yang dikesan di dalam air adalah yang terbaik untuk anda kerana ianya adalah dalam bentuk ionik - bentuk paling bio-bersesuaian pada sel-sel anda (lebih baik daripada mineral pekat).

Ia mempunyai pH yang Sempurna
—————————————
Air semulajadi dengan kandungan mineralnya yang kaya, mempunyai sedikit pH alkali. Ia menyokong pH7.52 setara dari cecair tubuh anda dimana ianya diperlukan untuk membawa oksigen, mengatur metabolisma, menghapuskan sisa asid dan mencegah penyakit.

Ia mempunyai suatu Struktur Hexagon Penting
——————————————————
Air yang sihat asalnya daripada ais. Ianya diatur dengan cermat dalam kelompok melekul yang kecil yang membentuk bentuk BIO AURA yang sempurna dan kaya dengan mineral didalamnya.

Air yang paling sihat mempunyai pembentukan kristal yang cantik walaupun ianya dalam bentuk cecair, tetapi ia menjadi lebih nyata sebelum ia membeku. Air yang lemah di sebaliknya pula, kebiasaannya mempunyai kelompok molekul yang besar atau bersegilima atau kekal tidak berbentuk walaupun ianya mula membeku.

Mengapa struktur kelompok penting? Kerana ianya sama dengan kelompok air yang ditemui di dalam dan di sekeliling sel-sel tubuh kita. Kelompok-kelompok kecil adalah direka sempurna untuk berinteraksi dengan molekul-molekul yang lain, berkomunikasi menggunakan getaran yang energetik dan untuk menyusup dengan mudah melalui membran selular–membawa masuk khasiat dan membawa keluar sisa toksik keluar daripada sel-sel kita untuk mengekalkan keremajaan dan sihat. Kelompok yang besar adalah penuh kekecohan, kekok dan tidak berguna untuk tubuh


Hanya air yang sihat boleh membentuk kepingan heksagon salji yang indah-seperti kristal. Air salji, air di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, air sejuk daripada telaga dan sungai - semuanya mempunyai struktur heksagon yang ideal.

Air paip tidak boleh membentuk struktur kristal heksagon walaupun ianya membeku.
————————————————————————————————-
Dari semua ciri-ciri air, struktur nya adalah yang paling penting sekali, tetapi ianya juga yang paling rapuh. Ianya mudah rosak oleh pencemaran alam semulajadi dan proses rawatan moden air.

Struktur Air Menentukan Kesihatan Kita
———————————————
Molekul air dijadikan daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen (H2O). Hubungan diantara kedua-dua atom ini memberi air suatu kutub elektrik yang unik. Keunikan air untuk membentuk dan bertukar; mencipta dan mencipta semula; menembusi dan menghilangkan apa sahaja yang disentuhnya dan untuk mengumpul dan meletakkan maklumat kemana ianya mengalir adalah apa yang memberi semua benda hidup tenaganya.

Molekul air terikat dengan mudah dengan molekul yang lain. Dalam erti kata lain, air amat mudah bercampur. Ia gemar bercampur dengan lain-lain elemen dan gemar membawa “penumpang”. Ini adalah ciri-ciri hebat jika air mengambil perkara yang baik seperti galian yang kaya khasiat dan oksigen, tetapi ianya adalah sesuatu perkara yang tidak baik apabila ianya mengambil toksik yang tercemar, bahan kimia yang membahayakan atau organisma yang menyebabkan penyakit dan kemudian memasuki saluran darah anda!

No comments:

Post a Comment