SELAMAT DATANG

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SAYA

Wednesday, June 17, 2009

BERKENAAN AIR-SIRI 2

Adakah Air yang Anda Minum Hidup atau Mati?

Bukan semua air menghidrat sel dan menyokong fungsi kehidupan dengan sama rata. Air hidup dengan mudah menembusi sel dan menjalankan semua fungsinya. Air Mati pula mesti dipulihkan dahulu dan diberi tenaga baru oleh badan sebelum ianya boleh melakukan kerjanya. Doktor dan para pengkaji telah menyatakan bahawa meminum ait hidup memulihkan kesihatan dan kehidupan tetapi meminum air mati membenarkan sel-sel untuk kehilangan air.

Kebanyakan daripada Kita Minum Air Mati
————————————————

Hampir kesemua yang manusia telah lakukan pada air telah merosakkan atau merendahkan kualitinya. Kita telah mencemari setiap bekalan air semulajadi di dunia dengan pencemaran, sisa toksik dan beribu-ribu bahan kimia.

Terdapat lebih daripada 120,000 jenis bahan kimia digunakan hari ini, dengan 1,000 lagi jenis terbaru ditambah setiap tahun. Semua bahan kimia ini mencemari sumber air kita.

Air Boleh Mati
—————-
Dalam situasi tertentu air penuh dengan tenaga, adakalanya ia lembap dan keletihan, dalam situasi tertentu ia mati. “Pada mata kasar air mati masih lagi dilihar seperti air. Jadi kita semua mengharap ianya dapat melakukan kerja yang sama seperti air yang bertenaga” Charlie Ryrie, penulis ” The Healing Energies of Water”

Air Paip
——–

Pusat rawatan air menggunakan penapis asas dan klorin untuk membuang mikrob-mikrob dan bahan pencemaran daripada air kita yang tercemar. Proses ini menjadikan air “selamat”, kerana ianya membunuh hampir kesemua kuman-kuman dan bakteria, tetapi juga merosakkan air ciri-ciri kehidupan air. Klorin tidak baik untuk air kerana ianya mengandungi tarikan ionik yang kuat yang mudah mengganggu struktur kristal kesihatan air. Ianya tidak bagus untuk badan juga. Klorin telah dikaitkan dengan masalah jantung, kanser dan arteriosclerosis. Air yang dimasak tidak dapat menghapuskan klorin–ia mengubahnya menjadi suatu bahan yang berubah menjadi barah yang dipanggil “trihalomethane”. Satu lagi masalah ialah air paip dipercayai mengandungi pH yang tidak menentu (serendah 5.5 atau setinggi 10) dimana ini mengganggu imbangan semulajadi badan iaitu pH 7.35.

Menyimpan air di bekas tangki yang tidak mengalir dan memaksanya melalui berbatu-batu saluran paip dengan tenaga dan oksigen semulajadinya, merosakkan kelompok hexogan tersebut. Di waktu air paip itu sampai kepada anda, ia selalunya telah hilang ciri kesihatannya.

Air Yang Ditapis
——————
Kebanyakan penapis mengasingkan klorin dan bijih besi, tetapi kebanyakannya masih gagal mengawal kotoran tertentu. Parasit seperti “Kriptosporidium” dan “Giardia” tidak akan mati dengan klorin atau sinar UV dan dengan mudah melepasi penapis karbon. Radioaktif dan bahan kimia juga amat susah untuk diasingkan.

Air yang Disuling atau Putaran Osmosis (RO)
—————————————————
Alat Penyulingan dan Putaran Osmosis melakukan tugas yang lebih sempurna dalam menghapuskan bahan yang membahayakan dari penapis mudah boleh lakukan, tetapi ianya menapis segalanya dari air — termasuk mineral yang diperlukan untuk kesihatan dan memanjangkan usia.

Air Yang Dibotolkan
———————–
Kebanyakan air yang dibotolkan adalah air paip yang telah diproses melalui putaran osmosis atau sistem penapisan karbon. Sesetengah kompani menambah mineral dan pada sesetengah (bukan semua) negara, jika label menunjukkan “mata air” ia mungkin datangnya daripada mata air asli… tetapi dalam semua kes ini, air ini masih diproses dan terkawal buatannya untuk tempoh yang panjang.

Ia Semuanya Masih Lagi Air Mati!
Secara kesimpulannya ialah hampir kesemua proses penapisan dan pembersihan bermula dengan air paip yang mati dan kemudian lakukan sesuatu atau tidak melakukan apa-apa untuk memulihkan kembali tenaga air.

No comments:

Post a Comment